• Pengurusan Kurikulum

      • DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR


        Semua guru diberikan tugas mengajar mengikut keutamaan seperti berikut :-

        1. Opsyen pengkhususan mereka.
        2. Pengetahuan dan kepakaran.
        3. Pengalaman bertugas.

        Semua guru diberikan tugas mengajar tidak lebih dari 3 mata pelajaran berikut :-

        1. Mata pelajaran opsyen
        2. Dua mata pelajaran elektif

        Semua guru diberikan peluang mengikuti pelbagai program dan aktiviti bertujuan mempertingkatkan tahap :-

        1. Kelayakan akademik dan ikhtisas
        2. Pengetahuan
        3. Pengalaman
        4. Kemahiran

        Semua guru dibenar dan digalak melaksanakan apajua pendekatan proses pengajaran & pembelajaran yang boleh meningkatkan :-

        1. Minat pelajar
        2. Pencapaian pelajar

        Semua guru digalakkan mencipta inovasi-inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui :-

        1. Idea-idea individu
        2. Idea-idea rakan sejawat atau kumpulan-kumpulan lain.


        DASAR 2 : PENEMPATAN PELAJAR


        • Semua murid diwajibkan mempelajari semua mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah.
        • Semua pelajar Tingkatan Satu akan ditempatkan ke kelas-kelas melalui ujian penempatan.
        • Semua pelajar Ting 1 hingga Ting 5 akan ditempatkan ke kelas seperti berikut :-
        1. Kelas pertama bagi pelajar yang mempunyai potensi yang tinggi menghasilkan kecemerlangan, berdasarkan pencapaian Penilaian Akhir Tahun sebelumnya.
        2. Kelas-kelas berikutnya bagi menempatkan pelajar secara seimbang yang mempunyai tahap potensi baik, sederhana dan kritikal.
        • Semua pelajar  yang terlibat dengan Peperiksaan Awam akan diberi program mengikut kriteria :-
        • Program Tunas Gemilang (Ke arah Pencapaian Kualiti)
        • Program Tunas Cemerlang (Ke arah Pencapaian Kuantiti)
        • Program Tunas Harapan. (Dipulihkan untuk membantu pencapaian kuantiti)
        • Semua pelajar yang baru bertukar masuk dari sekolah lain akan ditempatkan ke kelas berdasarkan kriteria berikut :-
        • Pencapaian akademiknya
        • Keseimbangan jantina dalam sesuatu kelas
        • Keseimbangan jumlah pelajar dalam sesuatu kelas

        DASAR 3 : PENEMPATAN GURU DISESUATU KELAS

        Pentadbir sekolah berhak mengaturkan senarai tugas mengajar bagi setiap guru berdasarkan kriteria berikut :-


                I.            Keperluan strategi sekolah            

              II.            Kepakaran yang dimiliki setiap guru

            III.            Pengalaman mengajar setiap guru

            IV.            Minat atau permintaan seseorang guru



        DASAR 4: PENYEDIAAN BUKU REKOD MENGAJAR

        4.1  Semua guru diwajibkan menyediakan buku rekod mengajar secara teliti dan terkini, meliputi perkara berikut :-


        1. Butiran Peribadi
        2. Rancangan Pengajaran Tahunan
        3. Rancangan Pengajaran Harian
        4. Aktiviti
        5. Refleksi
        6. Senarai Buku Rujukan
        7. Senarai Nama Pelajar
        8. Maklumat Aktiviti Penilaian


        4.2 Rancangan Pengajaran Tahunan perlu disediakan mengikut kriteria berikut :-


        1. Hendaklah ditaip.
        2. Disediakan mengikut format (Minggu / Tajuk / Objektif / Kemahiran / Catatan).
        3. Disediakan pada awal tahun Persekolahan
        4. Diserahkan kepada Pengetua / PK Pentadbiran untuk pengesahan.


        4.3 Rancangan Pengajaran Harian perlu ditulis setiap hari pembelajaran mengikut kriteria :-


        1. Nyatakan kelas, masa dan mata pelajaran
        2. Nyatakan tajuk, objektif pembelajaran pada hari berkenaan, kemahiran dan aktiviti
        3. Tuliskan Refleksi pada setiap sessi pengajaran dan pembelajaran


         

        4.4 Penyerahan Buku Rekod Mengajar ke pejabat adalah seperti berikut :-


        1. Pada setiap hari Jumaat
        2. Sekiranya guru berkursus melebihi 3 hari
        3. Menggantikan kelas, guru perlu lekatkan slip jadual pengganti ke dalam buku rekodnya



        DASAR 5 : LATIHAN MURID

        5.1 Semua murid dikehendaki menggunakan buku latihan yang seragam, yang boleh diperolehi dari :-


        1. Kedai Koperasi Sekolah
        2. Ditulis nama, kelas dan mata pelajaran
        3. Tidak diconteng atau ditampal dengan pelbagai stiker


        5.2 Setiap murid perlu mempunyai 3 buah buku latihan pada sesuatu masa, bagi setiap mata pelajaran utama.


        5.3 Pemberian latihan kepada murid perlulah mengikut kriteria berikut:-


        1. Setiap kali sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku
        2. Bilangan yang munasabah dengan kemampuan pelajar
        3. Kepelbagaian bentuk dan format latihan
        4. Berkaitan dengan kemahiran dan tajuk pada hari berkenaan
        5. Latihan Kerja Rumah sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi setiap mata pelajaran utama
        6. Latihan dalam lembaran kerja perlu ditampal ke dalam buku latihan pelajar


        5.4 Pemeriksaan Latihan Murid perlu dilaksanakan oleh setiap guru mengikut garis panduan berikut :-


        1. Setiap kali latihan diberikan dengan kadar segera
        2. Diperiksa dengan teliti
        3. Dibetulkan oleh guru bagi setiap jawapan yang salah
        4. Diberikan komen yang membina
        5. Dipastikan murid membuat pembetulan sebelum latihan baru diberikan
        6. Dicatatkan tarikh pemeriksaan

        5.5 Penggunaan Buku Kerja Tambahan perlu memenuhi syarat berikut:-
          * Mendapat kelulusan dan kebenaran khas dari Pengetua



        DASAR 6 : PENILAIAN

        6.1 Penilaian secara formatif dilaksanakan mengikut standard dan sistem seperti berikut :-


        1. Ujian 1 dilaksanakan pada bulan Mac ( Meletakkan Target )
        2. Ujian 2 dilaksanakan pada bulan Mei / Jun ( Pertengahan Tahun )
        3. Ujian 3 dilaksanakan pada bulan Ogos
        4. Ujian 4 dilaksanakan pada bulan Oktober
        5. Setiap pelajar akan diberikan peluang menetapan sasaran pencapaian mereka bagi setiap mata pelajaran utama
        6. Pencapaian dalam Ujian 1( Mac )  akan diambil kira bagi tujuan pelaporan prestasi Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun


         


        6.2 Penilaian-penilaian lain akan dilaksanakan secara berterusan melalui kaedah berikut :-


        1. Pemerhatian
        2. Penghasilan Kerja Buku Latihan



        DASAR 7 : PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

        7.1 Program Peningkatan Akademik Kecemerlangan Akademik perlu dirangka bagi setiap kategori berikut :


        1. Bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
        2. Bagi setiap mata pelajaran utama
        3. Meliputi aspek TOV, Sasaran dan Pencapaian Sebenar
        4. Diwujudkan fail bagi setiap kelas


         

        7.2 Program Jangka Panjang dan Jangka Pendek perlu disediakan oleh setiap Panitia Mata Pelajaran Utama, yang merangkumi perkara berikut :-


        1. Matlamat dan Objektif
        2. Sasaran Pencapaian dari aspek Kuantiti dan Kualiti
        3. Huraian Projek / Aktiviti Utama dan Sokongan
        4. Analisis Pencapaian
        5. Post Mortem dan Penambahbaikan


        DASAR 8 : PENGANUGERAHAN DAN PENGHARGAAN


        • Anugerah Kecemerlangan Akademik diberikan kepada  pelajar terbaik bagi setiap kelas berdasarkan pencapaian mata pelajaran utama.
        • Anugerah Kecemerlangan Kurikulum diberikan kepada 1 orang pelajar terbaik secara keseluruhan bagi setiap aliran.
        • Anugerah Kecemerlangan Mata Pelajaran diberikan orang pelajar yang mendapat markah purata tinggi bagi setiap mata pelajaran utama.
        • Anugerah Galakan Akademik diberikan kepada pelajar yang menunjukkan peningkatan prestasi yang memberangsangkan dalam peperiksaan dalaman.
        • Anugerah Kecemerlangan Ko Akademik diberikan kepada pelajar atau pasukan yang mencapai tahap tertinggi (peringkat negeri atau kebangsaan ).
        • Anugerah Khas diberikan kepada setiap pelajar yang memperolehi keputusan Cemerlang dalam Peperiksaan Awam ( PT3, SPM & STPM ).
        • Sijil Penghargaan akan diberikan kepada individu-individu berikut:-


        1. Semua Penerima Anugerah
        2. Pengawas Sekolah
        3. Pengawas Pusat Sumber
        4. Ketua Kelas
        5. Guru-guru dan AKP  yang menaburkan bakti cemerlang
        6. Hari Anugerah Kecemerlangan diadakan pada  setiap tahun



    • Contacts

      • SMK AGAMA MOHAMAD ALI RANAU SABAH
      • 088876215
      • PETI SURAT 124,
        89308 RANAU
        SABAH
        Malaysia
      • 088876495
    • Login