Our profile
Melakar Sejarah Menjana Kegemilangan
FALSAFAH SMKA
“Usaha yang terancang, terkawal dan berterusan berasaskan panduan ilmu, iman dan amal solehserta budaya Islam dan suasan pembelajaran yang seimbang ke arah melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, seimbang, cemerlang, berakhlak mulia, bertakwa dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup islam serta mampu memberi sumbangan yang bermanafaat kepada agama, diri, ummah dan Negara.”
MATLAMAT SMKA
þ Mendidik pelajar dengan keperibadian Islam
þ Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dah ukhrawi.
þ Memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan
þ Memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu dalam dan luar Negara
OBJEKTIF SMKA
þ Mencapai kecemerlangan kurikulum dan ko-kurikulum
þ Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak mulia
þ Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani
þ Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahan diri dalam menghadapi cabaran budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam
þ Menyediakan pelajar yang dapat member sumbangan yang berkesan bagi memenuhi keperluan Negara dan ummah.
MISI SMKA
Bagi meralisasikan hasrat menjadi SMKA sebagai institusi pendidikan terbilang, warga SMKA akan komited :
þ Menterjemahkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam membentuk reality ilmu dan penghayatan Al-Quran dan Al-Sunnah
þ Menjana Individu cemerlang dan kuat pegangan agama
þ Mengamalkan budaya kerja berkualiti, telus, efisyen dan efektif berasaskan nilai-nilai Islam
þ Melaksanakan pendekatan bestari yang komprehensif dan efektif dalam pengurusan kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum
þ Mewujudkan prasarana yang mencukupi dan persekitaran yang kondusif berteraskan iklim dini
þ Mewujudkan jalinan pemuafakatan dengan ‘stakeholder’, kominiti setempat dengan agensi-agensi luar.